Welcome to my so-called paradise. This is where I write my stories of life, and feel free to follow me back. Thanks :)

Friday 22 February 2013

 
 
Ini adalah group kesukaan aku.. bagi sesiapa yang tak kenal, meh aku kenalkan. Nama group idol ni ialah B1A4. Haha, mesti korang pelik kenapa nama group dia B1A4.
Maksud disebalik B1A4 ialah 4 ahli daripada kumpulan tu berdarah jenis A, manakala seorang lagi ahli dorang berdarah B. Itulah sebab namanya B1A4. Nama group ni dah cukup menggambarkan betapa akrab hubungan dorang. Nama fanclub rasmi dorang ialah BANA. For those yang tak tahu, "BA" bermaksud b1a4, manakala "NA" bermaksud kami iaitu peminat. Daripada semua ahli ni, aku paling minat dengan group leader. Nama dia ialah Jinyoung. Aku minat dia sebab suara dia yang unik. Bagi aku, dia seorang yang lengkap package. Dia seorang ketua, pandai main alat musik lagi-lagi gitar dan mempunyai suara yang amat sedap. Aku suka tengok senyuman dia. Kepada pembaca bana macam aku.. Heyyo, welcome to my world ! For haters.. sorry bitch, there is no spaces for you here...

Thursday 14 February 2013

Ohoi..... !! Haha, eden dah boring tahap gaban ni... nak buka youtube, internet slow ya amat... so, tak ada apa yang lebih simple daripada update blog.

Entah kenapa. sejak akhir-akhir ni aku selalu tanya diri aku tentang luahan hati. Kenapa orang akan datang jumpa aku untuk luahkan perasaan orang ? Kenapa aku ?? Apa reaksi yang patut aku bagi dekat dorang ? Happy, sedih, teruja atau marah ? Semua ni buat aku tertanya-tanya.. kalau-kalau ada orang datang jumpa aku untuk bagitahu masalah dorang, jawapan apa yang patut aku bagi... hmm,, jawapan yang bagi inspirasi ke..  atau jawapan yang bagi dorang semangat ke... atau cuma sedapkan hati dorang je... Ish pening kepala aku bila fikir-fikirkannya... Aku bukan seorang yang pandai berinteraksi.. Jujurnya, tangan aku menggeletar setiap kali berhadapan dengan seseorang yang aku tak rapat atau tak kenal. Aku tak tahu kenapa tetapi aku lebih suka untuk bersendirian. Bagi aku hidup bersendirian lebih baik.. Salah ke tanggapan aku ? Setiap orang berhak untuk memilih kehidupan mereka sendirian dan aku rasa.. Hidup bersendirian mungkin lebih baik. Aku mungkin tak akan ubah pendirian ini kecuali akan datang seorang insan yang berjaya mengubah pendirian aku. tetapi buat masa ini, aku akan terus hidup dengan apa yang aku percaya....

Saturday 9 February 2013

The life..


Pertemuan dan perpisahan adat kehidupan. Setiap perkara yang berlaku ada permulaannya dan pengakhirannya. Pada asalnya kita hanyalah diperbuat daripada tanah yang biasa, lama-kelamaan kita dibentuk menjadi manusia kemudiannya membesar dan terus membesar. Apabila tiba masanya kita akan meninggalkan dunia ini. Namun, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Cuma, kita tidak sedar akan kebaikan yang bakal berlaku. Tidak kiralah sama ada kebaikan itu untuk diri kita atau untuk orang lain. Kerana.. disebalik kesedihan serta kedukaan yang kita alami, pasti akan terselit sedikit kebahagiaan. Setiap pemergian ada penggantinya. Pokok yang mati akan diganti dengan pokok yang lebih baik. Hati yang patah akan dirawat balik. Luka yang ada akan pulih perlahan-lahan. Memori yang terpadam akan diingati semula.

Manusia, makhluk yang kompleks. Sukar difahami dan sukar dijangka tindakannya. Kadangkala, mendatangkan kesedihan.. kadangkala mendatangkan kegembiraan... kadangkala mendatangkan kesedihan... Setiap perspektif berubah mengikut keadaan. Tetapi, manusia bukanlah makhluk yang sempurna. Mempunyai kelemahan dan keistimewaan yang tersendiri. Pada permulaannya, kita dicipta oleh-NYA... pada pengakhirannya juga, kepada Dia lah... kita akan kembali.

Eventhough life is complicated when you're gone, but i know when the day comes.. I have to let you go.. I can't say goodbye,, but please take care of yourself..

Friday 8 February 2013

LOVE

 
 
 
 
L . O . V . E
 

Memang mudah bagi seseorang untuk jatuh cinta tapi tidak mudah bagi seseorang untuk meluahkannya. Cinta merupakan satu abstrak yang sukar ditafsir. Ada yang takut untuk bercinta, ada yang tak sabar nak bercinta, ada yang benci akan cinta dan sebagainya. Konsep cinta adalah sangat mulia tetapi manusia telah memburukkan konsep cinta sehingga ada yang menganggap cinta itu sama sahaja rendah nilainya dengan maksiat. Cinta adalah perasaan yang lahir dalam hati dua insan yang bergelar adam dan hawa. Cinta merupakan suatu perasaan yang sangat tulus dan suci. manusia seperti kita tak sepatutnya mencemar nama cinta ini. Cinta perlu disemai dan ditanam dalam jiwa. Cinta disini adalah umum. ini tidak bermakna kita hanya cinta kepada manusia. Kita juga cinta akan Pencipta kita. Kita cinta akan alam sekeliling kita. Kita cinta akan barang-barang kita. Tipu jika seseorang berkata dia tidak bercinta atau mengalami perasaan cinta. Tanpa cinta dalam hati, kita hanyalah sekadar kotak kosong yang tidak berguna dan bakal dibuang jika terbiar begitu lama. Dan tidak bermakna kalau kita mencintai sesuatu, kita perlu sentiasa meluahkannya. Cinta bukanlah sesuatu yang mudah disebut-sebut atau dilafaz-lafaz. Jika perasaan cinta itu sering diluahkan, apabila tiba satu tahap.. cinta itu tidak akan membawa apa-apa makna pun. Cinta ialah sesuatu yang perlu kita hargai dan pelihara. cinta merupakan nikmat yang paling berharga kepada kita. Tanpa cinta, kita kesepian... so, cinta itu memang unik tapi jangan pula bercinta sehingga membuatkan cinta itu sekotor najis. Bercintalah dengan mengikut cara islam..
 
 
 

Friday 2 December 2011

Hari ini (3/12/2011)

hai....untuk pertama kali ak dpt tulis blog dgn sesuka ati ak,,happy rsenye...ak nk cbe tulis lebh byk cereta yg menarik tp....masa x mengizinkn..ak nk jadi seorg penlis,tp family ak x mmbenarkannya sgt...mungkin ad lg..byk bnda yg lebih baik untuk ak...
org slalu ckp..blog ni mcm diari...atau kwn rapat kita...bezanya,'kwn' ni...x boleh nk berbicara hanya dapat mendengar...haha,apa la..ak ni...mengharapkn sesuatu yg mustahil...tapi..salaah ke???
hmmm...rsenye kehidupan ni mmg sulit dan sukar..bgaikan belungkar yg penuh dgn duri...terasa begitu kerdil bila terjatuh ke dalam nya...apa-apa pun,dalam hidup ni kita tak boleh putus asa....fighting for your life..!!!

Saturday 30 April 2011

HATI

Dulu,sisa-sisa hari yang lalu ku rasa indah tetapi  sekarang  hanya kesengsaraan yang sering menjadi teman setiaku.Aku bukanlah seorang pelakon yang boleh berpura-pura di atas pentas demi mendapat wang,aku bukanlah penulis yang dapat meluahkan segala-galanya diatas sehelai kertas tetapi aku hanya seorang hamba biasa yang hanya mampu menangis mengenang nasib diriku.Hujan gerimis mambasahi bumi,burung-burung beterbangan mencari pelindungan ,awan mendung berarak melitupi langit bagaikan mengerti penderitaan hati ini.Aku tertanya-tanya siapakah milik hati ini?Ahh…rumitnya kehidupan ini.

“Wah! Comelnya adik Mira.Mak…boleh tak Mira nak panggil adik dengan nama Miasara?”Tanya Mira sambil merengek-rengek.Terpancar cahaya kebahagiaan di setiap air muka pasangan itu.Bibir mereka tidak berhenti-henti mengucapkan kalimah Alhamdulillah kepada Illahi kerana telah mengurniakan mereka seorang lagi cahaya mata.        
         
“Boleh….mulai hari ini nama adik Mira ialah Nurul Miasara …”Kata Encik Fikri,senyuman tidak lekang daripada bibirnya.Mira meloncat-loncat kegembiraan. Dia berharap dengan hadirnya seorang insan baru yang bergelar adik dapat menceriakan lagi hidupnya.Miasaralah akan menjadi teman istimewanya,tempat dia meluahkan segala kegembiraan dan kedukaan.
Mira bingung sudah hampir seminggu mak dan adiknya tidak pulang ke rumah.Kata ayah mak dan adik terpaksa tidur di hospital sebab sakit.

“Ayah,kenapa kita kena ulang alik ke hospital?Bila mak dan adik nak balik?Mira dah tak sabar nak tunjuk adik Mira dekat kawan-kawan Mira..Mira cemburu tengok kawan-kawan Mira yang bermain dengan adik  diaorang…” Kata Mia,matanya tidak berkelip memandang wajah ayahnya yang kelihatan sugul dan keletihan.Mata ayahnya lembam kerana tidak cukup tidur.Dia menanti jawapan daripada ayahnya namun ayahnya hanya menghadiahkan senyuman .Encik Fikri menumpukan perhatiannya kearah pemanduan .Bagaimana dia ingin menerangkan segala-galanya kepada Mira?Dia tidak sanggup mengatakan hal yang sebenar.Bibirnya seakan-akan terkunci buat seketika.

Perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dari rumah Encik Fikri mengambil masa  15 minit.Setelah  sampai di sana,Mira segera berlari ke bilik adiknya ditempatkan.Dia merenung adiknya yang sedang lena dibuai mimpi ngeri.Hatinya menangis perlahan-lahan.Air mata yang mengalir di pipinya dikesat dengan segera.Dia tidak tega lagi melihat keadaan adiknya itu lantas dia berlari keluar.Kakinya melangkah longlai.Matanya liar mencari mak dan ayahnya.Dia melihat mak dan ayahnya sedang berjalan menuju ke dalam bilik doktor.Hatinya tertanya-tanya.Dia mendekati bilik tersebut.Mira memasang telinganya.

“Doktor…adakah anak saya masih ada peluang…?”Tanya Puan Alisa dengan teresak-esak.Matanya merah dek kerana menangis dalam jangka masa yang lama.Encik Fikri cuba menenangkan isterinya.

“Doktor…anak saya masih ada peluangkan?”Tanya Encik Fikri pula.

“Bersabarlah…tuan dan puan.Kami di sini sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan anak puan.Sementera ini,keadaan anak puan masih dalam keadaan yang terkawal lagipun kami sedang mencari hati yang sesuai untuk anak puan..”Terang Doktor Azim.

Tangisan Puan Alisa semakin kuat.Siapa sangka cahaya yang baru menyinari rumahtangganya akan lenyap tidak lama lagi.Bagaimana dia harus menerangkan hal sebenarnya?Ya Allah,berikanlah kami petunjukmu..sesungguhnya kami hanyalah insane yang lemah dan tidak berdaya….aku mohon padamu…janganlah diKau mengambil Mia daripada kami…berikanlah dia kesempatan merasakan hidup di dunia ini..aku mohon padaMu..

Mira tidak dapat menahan hiba di hatinya.Dia terjelepok lemah,mengenang nasib adiknya.Walaupun usianya masih kecil tetapi dia bagaikan orang dewasa yang sudah boleh berfikir matang.Tubuhnya lemah dan tidak bersemangat.Adik yang baru dia ingin curahkan kasih sayang akan pergi bila-bila masa,mungkin esok,lusa ataupan hari ini.Dia tak tahu tetapi yang pasti dia tidak mahu kehilangan adiknya.

10 tahun telah pun berlalu,waktu bagai mencemburui kehidupan.Mira telah pun meningkat dewasa manakala Mia meningkat remaja.Walaupun begitu,Keadaannya masih belum menunjuk tanda-tanda sembuh malah semakin parah.Miasara perlu sentiasa diawasi dan perlu sentiasa dihantar berulang alik ke hospital.Mira bertanggungjawab menjaga Mia.Dia yang dulu periang,kini seorang pendiam.Segala-galanya dipendam dalam hati.Marah,geram,sedih semuanya disimpan sendirian.Dia tidak mahu Miasara mengetahui betapa remuk dan hancur hatinya…Dia tidak mampu lagi menanggung beban ini.Lamunannya terganggu seketika apabila Mia memanggilnya.

“Ada apa,Mia?Mia rasa sakit ke?”Tanya Mira dengan penuh kelembutan.Mia merenung wajah kakaknya.

“Kakak,janganlah risau..Mia tak apa-apa…Mia kan..kuat..”Kata Mia dengan penuh semangat.Hati Mira tersentuh mendengar kata-kata adiknya.Hatinya dibuai perasaan sayu dan sedih.

“Ye…adik akak memang kuat..”Kata Mira lalu segera memeluk Mia dengan penuh kasih sayang.Dia seakan-akan tidak mahu melepaskan tubuh genit itu.Sinaran bulan indah menerangi bumi disaat kesedihan menyapa.Mia,mengapa harus kau yang menanggung segala penderitaan ini?Mengapa bukan aku sahaja yang menanggungnya?Aku tidak tega melihat dirimu terus hanyut dalam mimpi ngeri ini..

Mia merenung melihat keriangan rakan-rakannya yang sedang bermain.Andai dia dapat bermain bersama-sama,pasti dia tidak akan melepaskan peluang ini.Mia mengeluh sendirian mengenang nasibnya ini.Dia berharap sekali dapat menjadi insan yang biasa seperti kakaknya.Dia tidak mahu terus melihat rakan-rakannya bermain melalui tingkap.Mira melangkah masuk ke bilik adiknya perlahan.

“Mia,apa yang sedang Mia perhatikan?”Tegur Mira dengan lembut.Mia hanya menggelengkan kepalanya.

“Ada apa-apa yang Mia ingin kongsi?Luahkan saja..akak bersedia mendengarnya.”Pujuk Mira.Dia tahu pasti ada sesuatu yang dipendam oleh Mia.

“Kak…kenapa Mia tak boleh bermain dekat luar?”Tanya Mia,matanya masih lagi melihat rakan-rakannya sedang bermain.

“Se…sebab Mia sakit..”Jawab Mira sedikit gagap.

“Tapi kak….Mia tengok ada je..kawan Mia sakit tapi diaorang tetap boleh bermain..”

Mira bagaikan terukul dengan kata-kata Mia.Apa yang harus dia katakan sekarang?Perlukah dia menerangkan segala-galanya agar Mia tidak lagi dalam keadaan tertanya-tanya.Tetapi dia tidak sanggup..

“Ini sebab Mia sakit kuat..kawan Mia yang lain mungkin sakit sikit-sikit je…”
“Mia menghidap penyakit apa?”Tanya Mia,matanya merenung setiap inci wajah kakaknya.Mira mendiamkan diri.Biarlah soalan itu berlalu sendiri..    

Kedinginan malam menjagakan Mia daripada tidurnya yang lena.Tiba-tiba sahaja tekak berasa kering.Dia bangun daripada katilnya dan berjalan menuju ke dapur.Dia bagaikan mendengar seolah-olah ada manusia yang sedang berbual.Dirinya dihantui rasa takut.Namun begitu,dia tabahkan hatinya malah dia sudah mempersiapkan dirinya dengan teknik langkah seribu.Dia menghampiri dapur dengan perlahan-lahan.Jantungnya berdegup pantas dan kencang.Dia mendekatkan telinganya di sebalik pintu itu.Suara itu amat dia kenali.Suara yang sering dia dengari..

“Mak,tadi Mia tanya dengan Mira tentang penyakitnya..”

“Jadi Mira beritahu hal yang sebenar..”Pintas Puan Alisa.

“Tak…tapi Mira takut dia akan berterusan Tanya pasal benda ni..Mira takut Mira tak akan dapat menjawabnya.”Luah Mira.Puan Alisa terdiam,ada kebenaran juga kata-kata Mira.Sampai bila harus mereka sembunyikan perkara ini daripada pengetahuan Mia?Tidak lama lagi Mia akan mengetahui segala-galanya.

“Mak,berapa lama lagi Mia boleh bertahan.Mira tengok keadaan dia semakin parah.”

“Entahlah…mak sendiri pun tak tahu..Mak serahkan segala-galanya pada yang Maha Esa kerana dialah..yang akan menentukan segala-galanya.Tapi,mak harap buat sementara ini,rahsiakanlah hal ini…mak merayu pada Mira…”Kata Puan Alisa.Air matanya perlahan-lahan mengalir.

Mia terduduk,terkejut dengan apa yang didengari..Teruk sangatkah penyakitnya??Mengapa dia tidak diberitahu tentang hal ini?Dia juga punya hak..Mira kaget melihat adiknya di luar dapur.Hatinya berdegup kencang bagaikan dipukul rebut taufan yang dahsyat.Segala-galanya sudah terbongkar.
“Mi..Mia..bu..buat..apa dekat sini?”Tanya Mira tergagap.Mia hanya membisukan diri.Air matanya deras mengalir di pipi.Mira memejam matanya.Mia telah pun ketahui segala-galanya.Hatinya tidak lepas mengucap mengharapkan Mia tidak akan menyalahi mereka.Puan Alisa keluar dan tergamam melihat Mia berada di situ.Hatinya berkocak kuat.Puan Alisa memegang lembut bahu anak bongsunya.Hatinya menangis melihat keadaan anaknya.

“Mia..maafkan mak sebab tak beritahu hal yang sebenarnya..mak tak berniat pun nak buat macam tu..”Terang Puan Alisa satu persatu..air matanya semakin laju mengalir.

“Apa penyakit Mia yang sebenarnya?”Tanya Mia dengan perlahan.Sudah tiba masanya dia mengetahui segala-galanya.Dia tidak ingin lagi dibohong lebih-lebih lagi dengan orang yang paling rapat dengannya.Puan Alisa terdiam,matanya memandang Mira.Mira turut mengalirkan air mata.Semua diluar dugaannya

“Mak,jawab pertanyaan Mia..”Mia mulai mendesak.

“Mia..dengar dulu kata-kata mak…”Puan Alisa cuba menyentuh pipi anaknya namun Mia terlebih dahulu menepisnya.

“Cukup mak…Mia dah tak tahan asyik ditipu..Mia nak tahu haal sebenarnya..tolong beritahu Mia hal yang sebenar…”

“Mia”

“Susah sangat ke mak beritahu Mia hal yang sebenar atau mak sememangnya penipu. Mak saja je..nak seksa Mia,buat Mia macam orang bodoh.”
Pang!!Satu tamparan hinggap di pipi Mia.

“Kakak tak pernah ajar Mia kurang ajar!!”Tengking Mira.

Pipi Mia terasa pedih sekali.Matanya berair.Dia memandang wajah kakaknya yang merah menahan kemarahan.Setelah menyedari api kemarahan menguasai dirinya,Mira berulang kali mengucap.Dia sendiri tidak menyangka dia akan berbuat demikian.Dia tidak berniat untuk menampar Mia tetapi telinganya panas tiap kali Mia mengatakan maknya pembohong.

“Sampai hati kakak..”Kata Mia dengan perlahan.Mia pantas berlari keluar.Dia sendiri tidak ke mana harus dia menuju lebih-lebih lagi pada waktu tengah malam ini.Dia menurut sahaja ke mana kaki ini melangkah.

“Mia…Mia!!!”Panggil Mira.Encik Fikri segera berlari ke arah mereka apabila mendengar riuh di dapur.Tanpa membuang masa Mira mengekori Mia.

“Apa yang sudah berlaku?”Tanya Encik Fikri yang masih dalam kebingungan.Puan Alisa tidak menghiraukan pertanyaan suaminya.Dia terus berlari mengejar Mia dan Mira.Encik Fikri turut mengikut mereka dari belakang.
“Mia!!”Panggil Mira.Nmun panggilannya tidak diendah oleh Mia.Mia terus berlari tanpa menghiraukan panggilan kakaknya.Dia terus berlari-lari sekuat hatinya.Biarlah…tida seorang pun lagi di dunia ini menyayangiku..

Mia melintas jalan besar.Tiba-tiba tanpa dia sedari sebuah kereta laju menuju ke arahnya.Mungkin sudah tiba ajalku.Aku pasrah dan reda akan segala-galanya.Mia!!!!Dia merasa seseorang menolak badannya.

Pranghh!!!Mira!!!Kedengaran tangisan ibunya tapi dia sudah tidak berdaya.Kapalanya terasa sakit sekali.Dunia bagaikan berubah menjadi gelap.
“Di mana aku?”Tanya Mia sambil memegang kepalanya.Mia melihat sekelilingnya.Dia belum pernah melihat taman seindah ini.Hatinya terasa lapang sekali.Tenang dan damai.Mia ternampak Mira berpakaian serba putih sedang berjalan.Mia cuba memanggil kakaknya namun tekak terasa seolah-olah perit.Mira semakin jauh,Mia tidak berdaya untuk melakukan apa-apa.Kakinya bagaikan digam.Dia tidak mampu bergerak.

“Kakak!!!”Mia terjaga daripada tidurnya.Kepalanya terasa sakit.

“Di mana aku?”Dia memandang sekeliling.

“Mia,dah bangun sayang?”Tegur Encik Fikri.Dia mendekati anaknya.Mia kelihatan seperti orang yang bingung.Dia melihat ibunya menangis sendirian.Dia tertanya-tanya apa yang sudah berlaku..Baru dia teringat…Kakak…

“Ayah,mana kakak?”Akhirnya Mia bersuara.Encik Fikri hanya mendiamkan diri.Mia merasakan sesuatu yang tidak kena.Di mna kakak?Selalunya kaka yang berada di sisinya.Mia cuba mengingati apa yang telah berlaku kepadanya.Ketakutan mulai menghantui dirinya.Peristiwa terakhir yang dia ingat ialah tubuhnya ditolak seseorang dan selepas itu dia tidak mengingati apa-apa lagi.

“Kakak…mana ayah?”Desak Mia..Dia menggoncang tubuh ayahnya.Keadaan Mia tidak terkawal lagi.Dia mengamuk seperti bagaikan orang yang kurang siuman.Encik Fikri cuba menenangkan Mia namun usahanya tidak berusaha.Mia menjerit-jerit meminta dirinya untuk dilepaskan.Encik Fikri mula memanggil doktor.Bagi mengawal keadaan,Mia disuntik dengan ubat penenang.Mia merasa kelopak matanya berat,perlahan-lahan dia tertidur.

Yaasin…di saat aku menemui kebahagiaan kau pergi meninggalku..tidak ku sangka setelah puas ku terfikir apakah aku yang akan pulang duluakhir kau yang terlebih dahulu dijemput ilahi.Memang benar ajal ditangan tuhan.Mia termenung jauh,dia bagaikan sukar untuk mempercayainya orang yang paling dia sayangi telah pergi buat selamanya.Mutara-mutiara berharga jatuh perlahan-lahan daripada kelopak matanya.Kenapa harus kakak yang pergi meninggal dunia ini.Dia masih butuh bantuan kakaknya.Dia tahu walaupun menangis air mata darah sekalipun kakaknya pasti tidak akan kembali lagi.  Kaun pergi dengan memberikan hatimu kepadaku tetapi kuterimanya dengan rasa kesedihan yang teramat sekali.

Sudah tiga hari pemergianmu,selama itulah aku dirundum pilu.Pada siapa yang aku harus luahkannya.Mak tidak lagi seperti dulu,mak bagaikan hilang tempat bergantung setelah pemergianmu.

“Mira akhirnya Mira pulang juga.Mak rindu sangat dekat Mira”Puan Alisa memeluk Mia daripada belakang.

“Mak,ini bukan kak Mira tapi ini Mia..”Terang Mia,sudah banyak kali maknya memanggil dirinya Mira dan berpuluh kali dia cuba menerangkan dia bukan Mira tetapi Mia.Tetapi maknya seperti sukar menerima kenyataan dan acap kali dia menafikan hal itu namun mak terus menuduhnya sebagai pembunuh.

“Kau bukan Mira.Kau pembunuh anak aku,Kau yang ambil dia daripada aku.Pulang balik anakku.Kau jahat,kau curi hati anak aku.”Puan Alisa meracau-racau seperti orang gila.

“Mak…ini Mia..Mia bukan pembunuh.”Tubuh kecil ditolak kasar.Air matanya meluncur laju.Encik Fikri segera berlari kearah mereka.Dia cuba menenangkan Puan Alisa.

“Sayang,mengucap…ingat Allah….itu Mia bukan Mira”
“Tidak,itu bukan anak saya…dia pembunuh bang..halau dia jangan biarkan pembunuh ni berada di rumah..”Marah Puan Alisa.Encik Fikri segera member isyarat supaya Mia masuk ke bilik.Mia akur akan perintah ayahnya.Dia mengesat air matanya lalu berlari ke biliknya.

Pintu bilik Mia diketuk dan dibuka perlahan-lahan.Encik Fikri melihat anaknya yang sedang menangis.Jiwa lelakinya tersentuh,hatinya merintih melihat anaknya terus dilukakan.Dia bertekad Hanya satu cara untuk mengawal keadaan ini walaupun batinnya sendiri terseksa.Dia tidak peduli asalkan dia tidak akan kehilangan anaknya buat kali kedua.

“Mia…”Panggilnya dengan penuh lembut.Dia merapati tubuh kecil anaknya.Mia segera memeluk ayahnya.Kini hanya pada ayahnya sahaja dia dapat meluahkan segala-galanya.

“Shhh…dah jangan nangis nak…”Suaranya sedikit bergetar.

“Ayah..jahatkah Mia?”Soal Mia..Encik Fikri mengusap lembut kepala anaknya.

“Tidak…Mia tidak jahat…”Encik Fikri mengucup dahi anaknya.Rasa simpati kepada anaknya.Walaupun masih kecil dia sudah menempuh pelbagai dugaan.Ya Allah,tabahkanlah hatinya.

Hari berganti hari,tiada perubahan yang ditunjuk oleh Puan Alisa.Dia sering bercakap seorang diri.Mia berasa sedih melihat keadaan ibunya.Apakah ini salah dirinya?Dia tidak mahu hati ini,dia cuma mahukan kakaknya kembali kepadanya.Aku tidak mahu kesembuhan ini!! Aku Cuma inginkan kehidupan masa lalu…Aku rindu hari-hari yang lalu.

“Eh…Mira..kenapa balik tak beritahu mak?Mak risau sangat…”Kata Puan Alisa lalu memeluk Mia.

“Mak..ini bukan kak Mira tapi ini Mia…Mia mak..cuba mak terima kenyataan Mira dah tak ada.Dia dah mati..”Mia tidak dapat lagi berhadapan dengan situasi seperti ini sepanjang hidupnya.Maknya perlu disedari bahawa Mira sudah tidak ada lagi.Dia juga perlu perhatian seorang ibu seperti dulu-dulu.

“Kau…kau pembunuh!!!”Jerit Puan Alisa…Dia ketawa sendirian dan terus bercakap seorang diri.Mia menekup mukanya.Dia sudah tidak berdaya.Dia berjalan melintasi bilik kakaknya.Tergerak hatinya untuk memasuki bilik tersebut.Pintu bilik ditilak perlahan.Bilik tersebut masih berada dalam keadaan kemas.Dia melangkah memasuki bilik tersebut,rindunya dia kepada bilik itu.Begitu banyak kenangan di dalam bilik itu.Mia tertarik dengan sehelai kertas yang berada di atas katil kakaknya.Dia membuak perlahan-lahan lipatan tersebut.Dia menghayati tulisan tersebut.Ini tulisan kakak.

Buat adikku,

Mungkin Mia sedang baca surat ini,akak sudah tidak ada lagi dalam dunia ini..Mia,akak nak Mia tahu semua orang sayang Mia.Selama seminggu Mia terlantar di hospital seusai sahaja kemalangan,akak rasa sedih sekali lebih-lebih lagi memberitahu bahawa nyawa adik dalam keadaan terancam.Pada masa memang sukar untuk mencari pengganti hati untuk adik jadi akak terfikir dengan menyerahkan hati ini akak dapat tengok kembali senyuman di bibir adik dan berharap adik dapat bermain seriang-riangnya di luar rumah dengan rakan-rakan adik.

Mia tidak dapat meneruskannya lagi.Hatinya pilu mengenang pengorbanan kakaknya.Air matanya menitis perlahan membasahi surat tersebut.Dia mengesat air matanya.Dia tidak ingin surat terakhir kakaknya rosak gara-gara air matanya.

Oleh itu,akak mengambil kesempatan untuk mendermakan hati ini.Walaupun mak keberatan tapi akak tahu mak lebih menyayangi adik dan ingin melihat adik bahagia.Lagipun,akak sudah puas merasa hidup di dunia ini.

Pada hari pembedahan,akak berasa berdebar-debar sekali tetapi adik jangan salah faham.Akak berdebar bukan kerana takut tetapi kerana gembira akhirnya akak dapat melakukan sesuatu kepada adik untuk kali terakhirnya.Mungkin ini merupakan kali terakhir akak dapat menulis,tetapi akak tidak kisah kerana akak akan sentiasa bersama adik bersama hati ini.tolong jaga mak..Iringi pemergianku dengan doamu bukan dengan air matamu.Sampaikan sayang kakak kepada semua..
                                                                                                                  
 SAYANG,  
MIRA


Mia memeluk surat tersebut,dia menangis sekuat hatinya.Mengapa pengorbanamu begitu besar?Aku akan menghargai  hadiah yang kau beri iaitu hatimu kerana hatimu milikku jua.

“Mira…tolong mak…abang saya tak nak pergi tolong…jangan paksa..”Mia tersentak mendengar ibunya sedang merayu-rayu melepaskan diri.Dia segera keluar berlari.

“Ayah..apa yang ayah sedang buat?”Tanya Mia.Dia mendekati maknya.

“Mia,ayah dah fikir masak akan hantar mak ke hospitak bahagia..ayah dah tak sanggup melihat Mia menangis”Kata Encik Fikri.Dia yakin tindakan dia benar.

“Tak perlu..ayah”Kata Mia lalu membawa maknya ke bilik.

“Ta..tapi Mia..”Mia tidak menghirau panggilan ayahnya.Dia tidak akan membenarkan ayahnya menghantar ibunya ke Hospital Bahagia.Dia tidak tega melihat maknya diletakkan di situ.Biarlah dia yang menjaga maknya.

“Mira…mak tahu Mira tak akan membiarkan ayah bawa pergi…sayang Mira…”Kata Puan Alisa dengan ceria.

“Ye..mak..Mira tak akan biarkan sesiapa bawa mak pergi dari sini...Mira akan sentiasa jaga mak..Mira janji”Kata Mia.

Dia bertekad,mulai saat ini Mia sudah mati…yang ada hanyalah Nurul Mira.Biarlah dirinya terseksa asalkan dia dapat mengembalikan senyuman di wajah maknya kerana itu janjinya.
                                                                                                
                                                                                                                          
Daisypath Happy Birthday tickers