Welcome to my so-called paradise. This is where I write my stories of life, and feel free to follow me back. Thanks :)

Friday 22 February 2013

 
 
Ini adalah group kesukaan aku.. bagi sesiapa yang tak kenal, meh aku kenalkan. Nama group idol ni ialah B1A4. Haha, mesti korang pelik kenapa nama group dia B1A4.
Maksud disebalik B1A4 ialah 4 ahli daripada kumpulan tu berdarah jenis A, manakala seorang lagi ahli dorang berdarah B. Itulah sebab namanya B1A4. Nama group ni dah cukup menggambarkan betapa akrab hubungan dorang. Nama fanclub rasmi dorang ialah BANA. For those yang tak tahu, "BA" bermaksud b1a4, manakala "NA" bermaksud kami iaitu peminat. Daripada semua ahli ni, aku paling minat dengan group leader. Nama dia ialah Jinyoung. Aku minat dia sebab suara dia yang unik. Bagi aku, dia seorang yang lengkap package. Dia seorang ketua, pandai main alat musik lagi-lagi gitar dan mempunyai suara yang amat sedap. Aku suka tengok senyuman dia. Kepada pembaca bana macam aku.. Heyyo, welcome to my world ! For haters.. sorry bitch, there is no spaces for you here...

Thursday 14 February 2013

Ohoi..... !! Haha, eden dah boring tahap gaban ni... nak buka youtube, internet slow ya amat... so, tak ada apa yang lebih simple daripada update blog.

Entah kenapa. sejak akhir-akhir ni aku selalu tanya diri aku tentang luahan hati. Kenapa orang akan datang jumpa aku untuk luahkan perasaan orang ? Kenapa aku ?? Apa reaksi yang patut aku bagi dekat dorang ? Happy, sedih, teruja atau marah ? Semua ni buat aku tertanya-tanya.. kalau-kalau ada orang datang jumpa aku untuk bagitahu masalah dorang, jawapan apa yang patut aku bagi... hmm,, jawapan yang bagi inspirasi ke..  atau jawapan yang bagi dorang semangat ke... atau cuma sedapkan hati dorang je... Ish pening kepala aku bila fikir-fikirkannya... Aku bukan seorang yang pandai berinteraksi.. Jujurnya, tangan aku menggeletar setiap kali berhadapan dengan seseorang yang aku tak rapat atau tak kenal. Aku tak tahu kenapa tetapi aku lebih suka untuk bersendirian. Bagi aku hidup bersendirian lebih baik.. Salah ke tanggapan aku ? Setiap orang berhak untuk memilih kehidupan mereka sendirian dan aku rasa.. Hidup bersendirian mungkin lebih baik. Aku mungkin tak akan ubah pendirian ini kecuali akan datang seorang insan yang berjaya mengubah pendirian aku. tetapi buat masa ini, aku akan terus hidup dengan apa yang aku percaya....

Saturday 9 February 2013

The life..


Pertemuan dan perpisahan adat kehidupan. Setiap perkara yang berlaku ada permulaannya dan pengakhirannya. Pada asalnya kita hanyalah diperbuat daripada tanah yang biasa, lama-kelamaan kita dibentuk menjadi manusia kemudiannya membesar dan terus membesar. Apabila tiba masanya kita akan meninggalkan dunia ini. Namun, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Cuma, kita tidak sedar akan kebaikan yang bakal berlaku. Tidak kiralah sama ada kebaikan itu untuk diri kita atau untuk orang lain. Kerana.. disebalik kesedihan serta kedukaan yang kita alami, pasti akan terselit sedikit kebahagiaan. Setiap pemergian ada penggantinya. Pokok yang mati akan diganti dengan pokok yang lebih baik. Hati yang patah akan dirawat balik. Luka yang ada akan pulih perlahan-lahan. Memori yang terpadam akan diingati semula.

Manusia, makhluk yang kompleks. Sukar difahami dan sukar dijangka tindakannya. Kadangkala, mendatangkan kesedihan.. kadangkala mendatangkan kegembiraan... kadangkala mendatangkan kesedihan... Setiap perspektif berubah mengikut keadaan. Tetapi, manusia bukanlah makhluk yang sempurna. Mempunyai kelemahan dan keistimewaan yang tersendiri. Pada permulaannya, kita dicipta oleh-NYA... pada pengakhirannya juga, kepada Dia lah... kita akan kembali.

Eventhough life is complicated when you're gone, but i know when the day comes.. I have to let you go.. I can't say goodbye,, but please take care of yourself..

Friday 8 February 2013

LOVE

 
 
 
 
L . O . V . E
 

Memang mudah bagi seseorang untuk jatuh cinta tapi tidak mudah bagi seseorang untuk meluahkannya. Cinta merupakan satu abstrak yang sukar ditafsir. Ada yang takut untuk bercinta, ada yang tak sabar nak bercinta, ada yang benci akan cinta dan sebagainya. Konsep cinta adalah sangat mulia tetapi manusia telah memburukkan konsep cinta sehingga ada yang menganggap cinta itu sama sahaja rendah nilainya dengan maksiat. Cinta adalah perasaan yang lahir dalam hati dua insan yang bergelar adam dan hawa. Cinta merupakan suatu perasaan yang sangat tulus dan suci. manusia seperti kita tak sepatutnya mencemar nama cinta ini. Cinta perlu disemai dan ditanam dalam jiwa. Cinta disini adalah umum. ini tidak bermakna kita hanya cinta kepada manusia. Kita juga cinta akan Pencipta kita. Kita cinta akan alam sekeliling kita. Kita cinta akan barang-barang kita. Tipu jika seseorang berkata dia tidak bercinta atau mengalami perasaan cinta. Tanpa cinta dalam hati, kita hanyalah sekadar kotak kosong yang tidak berguna dan bakal dibuang jika terbiar begitu lama. Dan tidak bermakna kalau kita mencintai sesuatu, kita perlu sentiasa meluahkannya. Cinta bukanlah sesuatu yang mudah disebut-sebut atau dilafaz-lafaz. Jika perasaan cinta itu sering diluahkan, apabila tiba satu tahap.. cinta itu tidak akan membawa apa-apa makna pun. Cinta ialah sesuatu yang perlu kita hargai dan pelihara. cinta merupakan nikmat yang paling berharga kepada kita. Tanpa cinta, kita kesepian... so, cinta itu memang unik tapi jangan pula bercinta sehingga membuatkan cinta itu sekotor najis. Bercintalah dengan mengikut cara islam..
 
 
 

Daisypath Happy Birthday tickers