Welcome to my so-called paradise. This is where I write my stories of life, and feel free to follow me back. Thanks :)

Friday 8 February 2013

LOVE

 
 
 
 
L . O . V . E
 

Memang mudah bagi seseorang untuk jatuh cinta tapi tidak mudah bagi seseorang untuk meluahkannya. Cinta merupakan satu abstrak yang sukar ditafsir. Ada yang takut untuk bercinta, ada yang tak sabar nak bercinta, ada yang benci akan cinta dan sebagainya. Konsep cinta adalah sangat mulia tetapi manusia telah memburukkan konsep cinta sehingga ada yang menganggap cinta itu sama sahaja rendah nilainya dengan maksiat. Cinta adalah perasaan yang lahir dalam hati dua insan yang bergelar adam dan hawa. Cinta merupakan suatu perasaan yang sangat tulus dan suci. manusia seperti kita tak sepatutnya mencemar nama cinta ini. Cinta perlu disemai dan ditanam dalam jiwa. Cinta disini adalah umum. ini tidak bermakna kita hanya cinta kepada manusia. Kita juga cinta akan Pencipta kita. Kita cinta akan alam sekeliling kita. Kita cinta akan barang-barang kita. Tipu jika seseorang berkata dia tidak bercinta atau mengalami perasaan cinta. Tanpa cinta dalam hati, kita hanyalah sekadar kotak kosong yang tidak berguna dan bakal dibuang jika terbiar begitu lama. Dan tidak bermakna kalau kita mencintai sesuatu, kita perlu sentiasa meluahkannya. Cinta bukanlah sesuatu yang mudah disebut-sebut atau dilafaz-lafaz. Jika perasaan cinta itu sering diluahkan, apabila tiba satu tahap.. cinta itu tidak akan membawa apa-apa makna pun. Cinta ialah sesuatu yang perlu kita hargai dan pelihara. cinta merupakan nikmat yang paling berharga kepada kita. Tanpa cinta, kita kesepian... so, cinta itu memang unik tapi jangan pula bercinta sehingga membuatkan cinta itu sekotor najis. Bercintalah dengan mengikut cara islam..
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers