Pertemuan dan perpisahan adat kehidupan. Setiap perkara yang berlaku ada permulaannya dan pengakhirannya. Pada asalnya kita hanyalah diperbuat daripada tanah yang biasa, lama-kelamaan kita dibentuk menjadi manusia kemudiannya membesar dan terus membesar. Apabila tiba masanya kita akan meninggalkan dunia ini. Namun, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Cuma, kita tidak sedar akan kebaikan yang bakal berlaku. Tidak kiralah sama ada kebaikan itu untuk diri kita atau untuk orang lain. Kerana.. disebalik kesedihan serta kedukaan yang kita alami, pasti akan terselit sedikit kebahagiaan. Setiap pemergian ada penggantinya. Pokok yang mati akan diganti dengan pokok yang lebih baik. Hati yang patah akan dirawat balik. Luka yang ada akan pulih perlahan-lahan. Memori yang terpadam akan diingati semula.
Manusia, makhluk yang kompleks. Sukar difahami dan sukar dijangka tindakannya. Kadangkala, mendatangkan kesedihan.. kadangkala mendatangkan kegembiraan... kadangkala mendatangkan kesedihan... Setiap perspektif berubah mengikut keadaan. Tetapi, manusia bukanlah makhluk yang sempurna. Mempunyai kelemahan dan keistimewaan yang tersendiri. Pada permulaannya, kita dicipta oleh-NYA... pada pengakhirannya juga, kepada Dia lah... kita akan kembali.
Eventhough life is complicated when you're gone, but i know when the day comes.. I have to let you go.. I can't say goodbye,, but please take care of yourself..
No comments:
Post a Comment