Welcome to my so-called paradise. This is where I write my stories of life, and feel free to follow me back. Thanks :)

Thursday, 14 February 2013

Ohoi..... !! Haha, eden dah boring tahap gaban ni... nak buka youtube, internet slow ya amat... so, tak ada apa yang lebih simple daripada update blog.

Entah kenapa. sejak akhir-akhir ni aku selalu tanya diri aku tentang luahan hati. Kenapa orang akan datang jumpa aku untuk luahkan perasaan orang ? Kenapa aku ?? Apa reaksi yang patut aku bagi dekat dorang ? Happy, sedih, teruja atau marah ? Semua ni buat aku tertanya-tanya.. kalau-kalau ada orang datang jumpa aku untuk bagitahu masalah dorang, jawapan apa yang patut aku bagi... hmm,, jawapan yang bagi inspirasi ke..  atau jawapan yang bagi dorang semangat ke... atau cuma sedapkan hati dorang je... Ish pening kepala aku bila fikir-fikirkannya... Aku bukan seorang yang pandai berinteraksi.. Jujurnya, tangan aku menggeletar setiap kali berhadapan dengan seseorang yang aku tak rapat atau tak kenal. Aku tak tahu kenapa tetapi aku lebih suka untuk bersendirian. Bagi aku hidup bersendirian lebih baik.. Salah ke tanggapan aku ? Setiap orang berhak untuk memilih kehidupan mereka sendirian dan aku rasa.. Hidup bersendirian mungkin lebih baik. Aku mungkin tak akan ubah pendirian ini kecuali akan datang seorang insan yang berjaya mengubah pendirian aku. tetapi buat masa ini, aku akan terus hidup dengan apa yang aku percaya....

No comments:

Post a Comment